Home » Tindak Balas Biodelima

Tindak Balas Biodelima


Kami menerima banyak pertanyaan daripada pengguna-pengguna BioDelima mengenai tindak balas BioDelima selepas mengambilnya.

anda akan dibawa ke laman baru Jus Delima Bio Emas.com...


Untuk makluman, BioDelima adalah merupakan formula yang dirumuskan oleh pakar perubatan iaitu Dr Abdul Razak bin Ibrahim MD. (UKM), MSc.(Biochem.), (USA) setelah menjalankan kajian dan ujian klinikal selama lebih 3 tahun keatas kesesuaian untuk merawat penyakit kronik seperti strok, serangan jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik dan kanser.

BioDelima dihasilkan daripada ekstrak buah-buah yang disebut dalam Al-Quran iaitu buah delima, buah kurma, buah anggur, buah zaitun ditambah dengan buah goji, manna, madu lebah dan air zama-zam.

Ada juga yang menamakan buah-buah ini sebagai buah daripada syurga berdasarkan ianya telah tercatat dalam kitab suci, adalah buah yang berasal daripada syurga. Ada juga yang memanggil BioDelima ini sebagai makanan sunnah kerana sebahagiannya adalah makanan yang selalu diambil oleh Rasulullah SAW.

Mengikut Dr Abdul Razak Ibrahim MD. (UKM), MSc.(Biochem.), (USA), BioDelima memang menyebabkan berlaku beberapa tindakbalas oleh badan apabila diambil oleh pesakit-pesakit yang mengidap beberapa jenis penyakit tertentu.

Bentuk Tindakbalas Badan Bila Mengambil BioDelima:

1. Kencing manis atau diabetes - pesakit biasanya akan mengalami kekerapan kencing yang lebih acap daripada biasa terutama pada waktu malam. 
Keadaan ini berlaku kerana BioDelima bertindak memperbaiki serta membersihkan buah pinggang yang bertujuan menyahkan toksid dalam badan yang terhasil daripada pengambilan terlalu banyak ubat-ubat untuk merawat kencing manis.

Pesakit kencing manis tentunya maklum bahawa mereka terpaksa mengambil sejumlah yang banyak pil ubat-ubatan daripada klinik atau hospital dan memakan berbelas biji pil dalam satu hari. Bahan kimia dalam ubat-ubatan ini tidak semuanya dikeluarkan dari badan melalui kencing atau najis sebaliknya sebahagiannya tersekat dalam buah pinggang atau hati untuk tempuh yang panjang atau tidak akan keluar langsung.

Jadi apabila pengidap kencing manis mengambil BioDelima, zat-zat, vitamin-vitamin dan mineral yang terdapat dalam BioDelima bertindak membaik pulih buah pinggang sehingga buah pinggang mampu menyahkeluarkan bahan-bahan toksid yang tersangkut padanya melalui proses membuang air kecil atau pun kencing. Lagi kerap kencing lagi baik dan lagi cepat buah pinggang bersih daripada mendapan toksid. 
Kekerapan kencing ini biasanya berlarutan sehingga 5 atau 7 hari selepas mula mengambil BioDelima dan akan beransur-ansur normal selepas tempuh tersebut.

2. Lelah atau asma - biasanya pesakit akan mengalami sedikit peningkatan tahap lelah daripada yang biasa dialami. Tindakbalas ini berlaku juga disebabkan oleh proses untuk menyahkeluarkan bahan-bahan toksid yang disebabkan oleh pengambilan terlalu lama ubat-ubat mencegah lelah. 
Sesetengah ubat merawat lelah mengandungi unsur dadah terkawal seperti yang terdapat dalam inhaler yang berfungsi mengaktifkan saluran pernafasan. Tempuh peningkatan kadar lelah ini juga mengambil masa lebih kurang satu minggu terawal mengambil BioDelima.

Jika pengidap lelah merasakan peningkatan kadar lelah yang dialami agak tinggi selepas mengambil BioDelima, maka langkah mengawalnya ialah mengurangkan separuh daripada sukatan yang disyorkan umpamanya pada sukatan syor biasa pengidap meminum 2 sudu tiga kali sehari, ambillah pada kadar satu sudu setiap kali tetapi kekerapanya tetap juga 3 kali sehari. Selepas tempuh 7 hingga 10 hari, kadar peningkatan lelah itu akan menurun.

3. Gout - Pengidap gout berkemungkinan akan mengalami peningkatan kesakitan yang agak serius pada permulaan mengambil BioDelima. Sepanjang pengalaman penulis, satu kes pengidap gout di Kuala Krai, Kelantan  yang telah mengalami gout lebih 5 tahun, mengalami kesakitan yang luar biasa sehingga beliau menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.

Selain kesakitan, kakinya juga membengkak dan berwarna merah. Beliau mengalami simptom kesakitan dan bengkak ini selama 5 hari dan pada hari kelima beliau tidak tertahan lagi dan memutuskan untuk merujuk ke hospital. Bagaimana pun sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital Kuala Krai, kesakitan serta bengkak kakinya telah reda dan hilang dan beliau terus membatalkan hasrat awalnya untuk mendapatkan rawatan berpatah balik kerumahnya.

Suka juga dimaklumkan bahawa dalam tempuh mengalami tindakbalas tersebut, pengidap gout itu terus meminum BioDelima kerana beliau telah dimaklumkan bentuk tindakbalas yang mungkin akan dialaminya pada peringkat awal mengambil BioDelima.
4. Gastrik - pengidap gastrik akan mengalami rasa kepedihan serta bercelaru di dalam perut pada beberapa hari pertama mengambil BioDelima. Rasa pedih dalam perut ini disebabkan oleh luka-luka yang terdapat dalam usus. 

Tempuh masa tindakbalas bagi pengidap gastrik ini agak panjang sedikit daripada penyakit lain dan haruslah sabar. Ada juga berlaku pesakit yang sedang makan akan rasa tiba-tiba mahu berhenti makan. Ini berlaku kerana gastrik menyebabkan usus dipenuhi oleh angin. Angin yang ada dalam usus akan menolak ke atas dan dengan itu juga menolak makanan yang cuba ditelan.

Simptom penolakan makanan ini tidak berkait dengan BioDelima tetapi itu adalah fenomena lazim yang dialami oleh pengidap gastrik. Bagi meredakan masaalah angin dalam usus ini, makanlah halia segar/mentah samada diperah airnya dan diminum atau meracik halus-halus halia itu dan dimakan.

Selepas tempuh tindakbalas ini, pengidap gastrik akan mula merasa lega dan selera makan mulai pulih.

5. Resdung - Pengidap resdung akan mengalami tindakbalas dalam masa yang paling cepat selepas mengambil BioDelima. Dari pengalaman penulis menyelia pengidap resdung, ada satu kes dimana tujuan asal meminum BioDelima ialah untuk merawat strok tetapi selepas dua jam meminum BioDelima, pesakit itu mula mengalami airmata dan hingusnya keluar tidak berhenti-henti. Ini diikuti pula dengan bersin yang pada mulanya jarang-jarang tetapi semakin lama semakin kerap sehingga dalam masa 2 atau tiga minit sekali beliau bersin.

Pengidap mengesahkan beliau ada mengidap resdung suatu ketika dahulu tetapi bila mengalami strok, gejala resdung itu menghilang sehinggalah bila mengambil BioDelima, tiba-tiba sahaja datang kembali.

Walau bagaimana pun  tindak balas yang dialaminya adalah paling sengkat dimana pada hari ketiga, tidak ada lagi airmata dan hingus keluar dan bersin pun hilang.
Ada juga pengidap resdung yang akan mendapati rasa gatal-gatal di bahagian badab tertentu seperti muka. Ambil sedikit BioDelima dan bancuh dengan air bersih dan sapukan keatas bahagian yang gatal itu dan akan hilang dalam masa 3 atau 4 hari.

Suka juga dinyatakan selain daripada tindakbalas terhadap penyakit-penyakit diatas, bagi sesetengah orang yang mengambil BioDelima, ada juga mengalami tumbuh gatal-gatal pada badan. Atau ada juga yang tumbuh bisul-bisul kecil satu dua biji. Ini berlaku jika sekiranya anda pernah mengambil ubatan-ubatan dalam jumlah yang banyak dan dalam tempuh yang lama dimana sisa-sisa ubatan ini tidak dapat keluar daripada badan umpamanya anda kerap mengambil pil penahan sakit atau npernah dibius.

Apabila anda mengambil BioDelima, BioDelima bertindakbalas untuk mengeluarkan bahan-bahan toksin yang disebabkan oleh bahan kimia dalam ubatan samada melalui urin, najis atau peluh. Bagi bahan-bahan yang tidak boleh keluar melalui urin, najis atau peluh ianya akan membentuk bisul-bisul kecil atau gatal-gatal sebagai jalan keluar bagi toksin.

Janganlah anda risau, ini adalah simptom sementara sahaja. Ambillah BioDelima dan campurkan dengan sedikit air bersih dan sapukan ke atas bahagian yang gatal atau bisul tersebut dan insyaallah selepas beberapa hari, gejala tersebut akan hilang sepenuhnya.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian iaitu walau pun anda mengalami tindakbalas yang tidak menyelesakan apabila mengambil BioDelima, anda hendaklah terus meminumnya dengan sabar dalam tempuh itu kerana itu adalah menunjukkan badan anda menerima rawatan daripada BioDelima.

Jika anda berhenti meminum BioDelima apabila anda rasa tidak tahan dengan tindakbalas, maka proses rawatan oleh BioDelima terhenti setakat itu sahaja. Apabila di nlain masa anda mengambil BioDelima, proses tindakbalas itu akan bermjula sekali lagi. Oleh itu bersabarlah untuk tempuh 10 hari menghadapi tindakbalas itu demi untuk memulihkan kesihatan anda. Selama ini pun anda telah mengalami rasa tidak selesa bertahun-tahun, anda boleh bersabar juga. Jadi tabahkan hati untuk tempuh lebih kurang 10 hari sahaja.


BIODELIMA: BERKAT . SEHAT . HEBAT

Comments
0 Comments

Comments

Catat Ulasan